Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
PUNCA -PUNCA KEJADIAN PENCEMARAN UDARA
Aktiviti pembangunan dan perindustrian
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
Kenderaan motor
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.
CARA MENCEGAHNYA.......
- Mengurangi pemakaian bahan bakar fosil terutama yang mengandung asap serta gas-gas polutan lainnya agar tidak mencemarkan lingkungan.
- Melakukan penyaringan asap sebelum asap dibuang ke udara dengan cara memasang bahan penyerap polutan atau saringan.
- Mengalirkan gas buangan ke dalam air atau dalam lauratan pengikat sebelum dibebaskan ke air. Atau dengan cara penurunan suhu sebelum gas buang ke udara bebas.
- Membangun cerobong asap yang cuup tinggi sehingga asap dapat menembus lapisan inversi thermal agar tidak menambah polutan yang tertangkap di atas suatu pemukiman atau kita;
- Mengurangi sistem transportasi yang efisien dengan menghemat bahan bakar dan mengurangi angkutan pribadi;
- Memperbanyak tanaman hijau di daerah polusi udara tinggi, karena salah satu kegunaan tumbuhan adalah sebagai indikator pencemaran dini, selain sebagai penahan debu dan bahan partikel lain.
Sekian Terima Kasih,
No comments:
Post a Comment