Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
- hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
CARA MENCEGAHNYA
Antara cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita ialah pihak kerajaan seharusnya menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan . Usaha murni ini merupakan cara terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh . Usaha tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan . Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasak kepada ekosistem bumi . Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telah melonggarkan ikatan tekstur tanah menjadikan cerun longgar dan rebah . Di Malaysia , hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor . Oleh itu , pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta hujan lebat . Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil . Usaha menanam kembali pokok-pokok atautumbuhan-tumbuhan , dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat pembangunan . Sebagai contoh , kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kondominium Highland Tower dan Bukit Antarabangsa masih lagi menjadi igauan rakyat akibat tidak mempedulikan cerun yang lemah berhampiran dengan kediaman . Janganlah diibaratkan seperti peribahasa , “ sudah terhantuk baru tengadah “ . Jelaslah bahawa peranan kerajaan bagi menanam semula pokok-pokok di cerun-cerun bukit amatlah penting bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment