Monday, 17 April 2017

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Makanan Tradisional Cina bermula dari pengaruh Negeri China mula menular pada abad-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersama adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun, Malaysia hanya dapat mendapati pengaruh(tradisi, budaya, masakan) dari China pada abad-18. 

Biasanya, Bagi kaum Cina bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijan dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. 


Makanan-makanan tradisional kaum Cina seperti berikut:

Char koay teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada koay teow, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telu, tauge dan kucai. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.


Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya melambangkan "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".


Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama Teh Cina. "Minum Teh" yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina dan juga hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk nenek mereka.

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.Biasanya kuih bulan dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.



Bak cang adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Kata 'bakcang' adalah berasal dari dialek Hokkien.Bak cang menurut legenda pertama kali muncul pada zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu YUan yang bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada saat itu, bak cang dilemparkan rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan perhatian makhluk-makhluk di dalamnya supaya tidak memakan jenazah Qu Yuan. Untuk kemudian, bakcang menjadi salah satu simbol perayaan  Duanwu.


Jiaozi biasanya terdiri daripada  daging kisar atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi berbeza dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat, dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya.



SEKIAN TERIMA KASIH...

No comments:

Post a Comment