Monday, 17 April 2017

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU 


Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.


Lemang

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.





TAPAI
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.
BELACAN
Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.
RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.
PUTU PIRING
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.
BOTOK-BOTOK
Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.



SEKIAN TERIMA KASIH...

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Makanan Tradisional Cina bermula dari pengaruh Negeri China mula menular pada abad-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersama adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun, Malaysia hanya dapat mendapati pengaruh(tradisi, budaya, masakan) dari China pada abad-18. 

Biasanya, Bagi kaum Cina bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijan dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. 


Makanan-makanan tradisional kaum Cina seperti berikut:

Char koay teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada koay teow, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telu, tauge dan kucai. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.


Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya melambangkan "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".


Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama Teh Cina. "Minum Teh" yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina dan juga hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk nenek mereka.

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.Biasanya kuih bulan dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.



Bak cang adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Kata 'bakcang' adalah berasal dari dialek Hokkien.Bak cang menurut legenda pertama kali muncul pada zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu YUan yang bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada saat itu, bak cang dilemparkan rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan perhatian makhluk-makhluk di dalamnya supaya tidak memakan jenazah Qu Yuan. Untuk kemudian, bakcang menjadi salah satu simbol perayaan  Duanwu.


Jiaozi biasanya terdiri daripada  daging kisar atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi berbeza dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat, dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya.



SEKIAN TERIMA KASIH...

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


MAKANAN TRADISIOANAL KAUM INDIA


MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA


THOSAI

Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.





 
IDHILI

Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali. Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.








MURUKU

Muruku merupakan makanan kegemaran bukan sahaja Kaum India malah Kaum-kaum lain di Malaysia. Muruku  sangat ranggup dan sedap untuk dimakan.







KUIH RAWA URUNDAI

Kuih Rawa Urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini , ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi. 









KUIH NEI URUNDAI

Kuih Nei Urundai ini merupakan kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai . Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.Ramuan kuih ini ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak suka makan kiuh ini.







KUIH  JILLEBHI

Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk dimakan.






 
KUIH ATHIRASAM

 Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam bulan.







KUIH MAISUR PAHKU

Kuih Maisur Pahku ini merupakan kuih manis.




KUIH ALVA

Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan ruapanya seperti kuih dodol. Warna kuih ini ialah merah.




KUIH PAAL GUVA

Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah susu segar lembu, gula dan garam.





LADHU

Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah
tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.


SEKIAN TERIMA KASIH..

Sunday, 9 April 2017

Pencemaran air







                                           Image result for cara mencegah pencemaran air

FAKTOR PENCEMARAN AIR 
INDUSTRI 
 
  • Kumbahan daripada isi rumah domestik, kilang dan bangunan .
  • Kumbahan yang dirawat di loji rawatan air selalunya dibuang ke laut.
  • Kumbahan boleh menjadi lebih bermasalah apabila bahan kimia dan bahan-bahan industri disalurkan ke sungai, laut
  • Lambakan sisa pepejal dan sampah oleh manusia   dalam sungai, tasik dan lautan.
  • Barangan sampah termasuk kadbod, makanan, aluminium , plastik, kaca, dan sebagainya.


MINYAK

  • sisa Perindustrian dari kilang-kilang yang disalurkan  ke dalam sungai, mencemarkan air dengan bahan kimia seperti plumbum dan petrokimia.
  • Pencemaran Minyak yang disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal tangki dan minyak daripada perjalanan kapal.
  •  Minyak tidak larut dalam air dan membentuk kumpulan minyak yang tebal.

SEKTOR PERTANIAN
  • Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia seterusnya bahan-bahan ini akan di alirkan kedalam sungai kerana air merupakan salah satu cara mereka untuk melupuskannya. 

Selain itu, penggunaan bahan baja dan racun untuk membunuh serangga punca pencemaran air kerana bahan tersebu tmenghalang penembusan cahaya matahari kebawah permukaan air dan mengakibatkan tumbuhan dan hidupan didalam air sepert ikan, ketam, udang akan mati dan pupus.

BAHAN BUANGAN DAN RADIOAKTIF.

Bahan buangan radioaktif daripada makmal dan hospital yang mengandungi sisa toksik yang larut didalam air dibuang kedalam air untuk melupuskannya.

PEMBAKARAN API FOSIL
  • Pembakaran bahan api fosil ke udara menyebabkan pembentukan zarah berasid di dalam atmosfera. 
  • zarah-zarah ini bercampur dengan wap air dan menghasilkan hujan asid.
  • Peningkatan dalam suhu air adalah disebabkan oleh pemanasan global dan tumbuhan haba yang menggunakan tasik dan sungai-sungai untuk menyejukkan peralatan mekanikal.



CARA MENGATASI PENCEMARAN AIR
1.Gunakan air dengan bijaksana. Kurangi penggunaan air untuk kegiatan yang kurang berguna dan gunakan dalam jumlah yang tepat.

2.Kurangi penggunaan detergen. Sebisa mungkin pilihlah detergen yang ramah lingkungan dan dapat terurai di alam secara cepat.
3.Kurangi konsumsi obat-obatan kimia berbahaya. Obat-obatan kimia yang berbahaya seperti pestisida, dan obat nyamuk cair merupakan salah satu penyebab rusaknya ekosistem air
4.Tidak menggunakan sungai untuk mencuci mobil, truk, dan sepeda motor.
5.Tidak menggunakan sungai untuk wahana memandikan hewan ternak dan sebagai tempat kakus.
6.Jangan membuang sampah rumah tangga di sungai/danau. Kelola sampah rumah tangga dengan baik dan usahakan menanam pohon di pinggiran sungai/danau.
7.Sadar akan kelangsungan ketersediaan air dengan tidak merusak atau mengeksploitasi sumber mata air agar tidak tercemar. 
8.Mengoptimalkan pelaksanaan rehabilitasi lahan kritis yang bertujuan untuk meningkatkan konservasi air bawah tanah
.
Sekian Terima Kasih.
  



kejadian buli

Image result for kejadian buli dalam kalangan pelajar                        Punca Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah


Lewat kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan melalui media massa. Masalah ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasannya orang yang lemah, dengan tujuaan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti telah menyumbang kepada permasalahan ini.

                                               

                                             Image result for kejadian buli dalam kalangan pelajar


Image result for kejadian buli dalam kalangan pelajar                                                    

CARA MENCEGAHNYA



 lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

 Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli.  Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.
 
 
 
Sekian Terima Kasih