Saturday, 11 February 2017

Deman Denggi

 

Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan akibat dari gigitan nyamuk Aedes yang boleh membawa maut terutamanya jenis demam denggi berdarah. Demam denggi ini biasanya berlaku selama 10 hari atau lebih lama bergantung pada imunisasi badan seseorang. Ia biasanya kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

 



 

Jenis-jenis penyakit demam denggi

Jenis-jenis penyakit demam denggi

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
  1. Demam denggi klasikal

Biasanya pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Namun, ia juga bergantung kepada usia penghidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke 3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’. Ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

 
  2. Demam denggi berdarah


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal.

 Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama iaitu:

1.Demam yang sangat panas

2.Perdarahan yang berlaku seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

3.Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

4. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Pesakit juga kelihatan resah dan lemah dan turut mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ‘Dengue Shock Syndrome’ (DSS).

 


Penyebab Demam Denggi  



Penyakit demam denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit. Vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ‘serotype’ virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.





Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan akibat dari gigitan nyamuk Aedes yang boleh membawa maut terutamanya jenis demam denggi berdarah. Demam denggi ini biasanya berlaku selama 10 hari atau lebih lama bergantung pada imunisasi badan seseorang. Ia biasanya kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Cara Mencegah Denggi


 1. Lindungi diri dari gigitan nyamuk dengan memakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Sapu krim selamat pada kulit seperti Herbal Blend Shaklee untuk mengelakkan gigitan nyamuk.


2. Elakkan dari pergi ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Kerap menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minuman haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.



 



Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment