Kegiatan rasuah tidak harus dipandang ringan oleh rakyat Malaysia. Jika isu rasuah ini tidak ditangani, ditakuti ia akan memberi kesan kepada pembangunan dan ekonomi negara pada jangka masa panjang. Kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab atau punca yang telah mendorong kepada perlakuan rasuah.
Kurang Didikan Agama Dan Moral
Individu
yang selalu terlibat dengan rasuah adalah individu yang kurang didikan agama
dan moral. Kesan daripada masalah asas ini membawa
kepada anggapan bahawa tidak salah jika mereka melakukan rasuah sama
ada meminta rasuah atau memberi rasuah. Hal ini ditambah dengan suasana tempat kerja yang telah lama wujudnya
budaya rasuah. Bagi pekerja yang mengamalkan rasuah, cepat atau lambat sesuatu kerja yang dilakukan itu bergantung
kepada nilai rasuah yang diterima. Oleh itu, perbuatan memberi dan
menerima rasuah oleh individu tertentu harus dibanteras agar tidak menjadi
barah dalam masyarakat.
Sikap Tidak Bertanggungjawab
Masyarakat
Sikap
masyarakat yang kurang prihatin terhadap masalah rasuah yang berlaku di sekeliling
mereka juga menyumbang kepada perlakuan rasuah. Kebanyakan ahli masyarakat
terutama di bandar lebih bersikap
individualistik dan kurang mengambil berat tentang peristiwa yang berlaku di
luar rumah. Jika mereka mengetahui
berlakunya pelakuan rasuah, maka mereka akan menganggap bahawa perkara tersebut
sebagai sesuatu yang biasa dalam situasi kehidupan masa kini yang semuanya memerlukan
wang. Tambahan pula, mereka sendiri pun terlibat dalam gejala rasuah.
Sesungguhnya, sikap kurang ambil berat masyarakat ini akan merugikan negara
pada masa akan datang.
Karenah Birokrasi
Sebahagian
masalah rasuah pula berpunca daripada sistem pentadbiran yang tidak sistematik dan
tidak telus. Kerenah birokrasi dalam pentadbiran yang begitu banyak telah
menyebabkan banyak urusan tidak dapat diselesaikan dengan cepat.
Hal ini akan membuka ruang kepada pelakuan rasuah yang kadang-kadang terpaksa
dilakukan untuk membolehkan sesuatu permohonan diluluskan dengan kadar segera. Sebahagian permohonan untuk mendapatkan
sesuatu, kadangkadang terpaksa mengambil masa yang lama sehingga
setahun. Oleh itu, kajian harus dibuat bagi mengurangkan kerenah birokrasi di
sesetengah jabatan kerajaan bagi mengurangkan ruang untuk melakukan rasuah.
Gaji Pekerja Yang Terlalu Rendah
Gaji pekerja yang rendah
sama ada di sektor awam atau swasta juga turut mendorong kepada perlakuan rasuah. Bagi pegawai yang bergaji rendah
dan bekerja di bandar, mereka kerap menghadapi masalah kewangan. Sebagai contohnya, gaji pekerja sokongan kerajaan
adalah sekitar lapan ratus hingga
seribu ringgit sebulan, sedangkan kos hidup di bandar terus meningkat. Oleh
itu, apablia ada ruang untuk melakukan rasuah, mereka tidak berfikir
panjang lagi untuk melakukan perbuatan tersebut.
Adalah sesuatu yang baik jika pihak kerajaan atau majikan melakukan kajian
tentang jumlah gaji yang patut dibayar kepada pekerja dalam zaman yang
serba moden.
Undang-Undang Yang Longgar
Selain
itu, tindakan undang-undang yang longgar juga boleh mendorong kepada perlakuan rasuah.
Sebenarnya, Malaysia mempunyai undang-undang dalam membanteras gejala rasuah. Namun
demikian, tidak banyak kes rasuah dapat diambil tindakan yang sewajarnya kerana
mahkamah
tidak dapat berfungsi dengan lancar. Banyak kes rasuah di mahkamah ditunda
beberapa kali dan sebahagian kes yang dibawa ke mahkamah pula tidak cukup bukti
untuk dibuat pendakwaan. Sikap beberapa
pihak yang tidak serius dalam mengatasi masalah rasuah ini telah menyebabkan tindakan
tidak dapat diambil kepada pihak yang melakukan rasuah.
Sekian Terima Kasih.